Sunday, October 16, 2011

Politik Malaysia bemasalah?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Politik Malaysia bermasalah? Budaya politik kita kotor? 

Kata-kata ini sering dileparkan oleh sebahagian daripada kita terutamanya belia. Berdasarkan pengamatan saya, saya dapati memang ada masalah dalaman yang perlu diperbetulkan bagi mereka yang terlibat dalam politik samada secara lansung mahupun secara tidak langsung. Berdasarkan pembacaan saya, didalam buku " Politik Baru  : Mematangkan Demokrasi Malaysia" terdapat beberapa masalah yang dinyatakan beserta penyelesaian sekali.

Pertama sekali ialah penyokong yang radikal terutamanya rakyat yang tidak terlibat dengan sistem pemerintahan negara. Mereka mudah mempercayai apa yang dikatakan oleh pemimpin yang mereka sanjungi. Kadang-kala, pemikiran mereka terlalu sempit sehingga mereka tidak boleh menerima pendapat daripada orang yang bukan dari pihak mereka. Sepatutnya, generasi milinium ini mempunyai pemikiran yang terbuka kerana terdedah dengan budaya ilmu dan kematangan dalam berfikir. Betul, kita perlu berani kerana benar, tapi kadang-kadang kene berfikir sebelum bertindak.

Selain itu, apa yang digambarkan dalam buku tersebut ialah terlalu ramai politikus mengamalkan "politik ampun" bukan "politik ilmu". Untuk berada diatas, mereka lebih gemar untuk mengampu pemimpin mereka agar platfom untuk naik keatas lebih mudah. Jika kita imbas kembali sejarah silam, kebanyakan menteri sewaktu pemerintahan Khalifah Uthmaniah adalah dikalangan ahli ilmuan islam. Sepatutnya, pemimpin yang kita carik dikalangan pemimpin berilmu  bukan pemimpin yang hanya tahu mengampu sahaja. Ayuh generasi muda, mari kita kembalikan budaya "politik ilmu" demi generasi akan datang.

Seterusnya ialah gejala fitnah-menfitnah dikalangan pemimpin. Kita saksikan sendiri para pemimpin kita bertelagah, saling fitnah-mengfitnah. Ini mendatangkan implikasi negetif dikalangan masyarakat kita. Biasa kita lihat, berbeza fahapan politik pon boleh mengakibatkan pergaduhan yang besar sampai boleh putus kawan dan lebih  bahaya sekali sehingga putus saudara. Ini adalah implikasi daripada gejala tidak bermoral ini dan akhirnya menyebabkan kemusnahan negara ini.

Saudara, berpolitiklah untuk berbakti, bukan untuk meriah keuntungan semata-mata mahupun mendapat pangkat atau nama. Pemimpin terdahulu, mereka mendapatkan undi untuk berbakti pada masyarakat, namun kini, politikus berbakti untuk meraih undi atau istilahnya "baksti sementara" sudah menang pilihan raya cabut saja.

Kesimpulanya, keamanan negara terletak pada tangan anda. Anda adalah generasi masa hadapan, para pemimpin dia masa hadapan, bertindaklah semampu anda agar generasi kita akan datang terpelihara. Pada para pemimpin sekarang, jagalah negara ini agar Malaysia mampu megecapi kemedekaan walaupun 100 tahun akan datang.

Simpanlah cita-cita, bila tiba waktunya nanti, pastikan terbela jua.

No comments:

Post a Comment