Semakin hari, semakin membimbangkan saya apabila melihat senario politik negara yang semakin meruncing. Walaupun PRU ke-13 belum diumumkan, namun melihat tindak tanduk kerajaan, kita boleh menilai bahawa pilihan raya semakin hampir. Melihat keadaan pembangkang dan kerajaan memancing undi, melontarkan janji manis dengan "Buku Jingga" , ada pulak dengan "Transformasi". Sungguhpun begitu, perlulah diingatkan bahawa kebajikan rakyat haruslah diutamakan. Jangan pasal nak menang pilihan raya, habis janji semua. Lagi satu, dengan isu Hudud lagi, sangat meruncingkan. Sebagai umat islam, kita memang wajib menegakkan kalimah Allah, namun begitu, pada pendapat saya, lebih baik kita selamatkan sahabat-sahabat kita yang telah lama akidahnya terpesong.
Negara kita mengamalkan sistem demokrasi, oleh yang demikian, untuk melaksanakan hukum hudud, perlulah
dibahaskan diparlimen. Bukan semua wakil rakyat kita beragama islam, dengan yang islam tapi kurang faham tentang islam pulak, lebih baik kita perkenalkan apa itu hudud. Lagipun, islam itu bukan atas dasar hukum, tapi juga islam itu sebagai panduan hidup, meliputi keseluruhan aspek kehidupan.
Perbezaan pendapat memang takdapat dielakkan, namun begitu, tak perlulah bertelagah sesama bangsa yang lebih memalukan sesama agama. Tak perlulah menjatuhkan sesama kita, yakinlah kalau kita ikhlas ingin membantu rakyat, pasti kita akan berjaya.
Ini pendapat saya, anda bagaiman?
No comments:
Post a Comment